Wednesday 31 July 2013

Polisi Pelanggan

  • Perkhidmatan yang disediakan hanya terhad untuk pelajar dan di sekitar kawasan-kawasan berdekatan sahaja.
  • Kereta yang disewa hanya boleh dipandu di dalam kawasan semenanjung Malaysia sahaja.
  • Had umur bagi pelanggan adalah 21 tahun ke atas.
  • Hanya pelanggan yang mempunyai lesen memandu sah dengan minima lesen percubaan boleh menyewa/memandu kenderaan.
  • Perkhidmatan kereta sewa yang disediakan dilindungi insurans dan dijamin keselamatannya. Walaubagaimanapun, pelanggan akan menanggung segala kos seperti yang dipersetujui dalam perjanjian (syarat-syarat dan peraturan penyewaan).
  • Kereta akan dihantar ke lokasi pelanggan/penyewa di atas permintaan. Caj sebanyak RM 50.00 dikenakan bagi kos penghantaran pergi dan balik kereta sewa mengikut kawasan. Caj penghantaran di sekitar PUTRAJAYA adalah percuma.
  • Bagi sewaan tempoh lama iaitu seminggu ke atas, satu perjanjian khas akan ditandatangani dan deposit keselamatan sebanyak RM 300.00 beserta dokumen cagaran yang dirasakan sesuai perlu disediakan oleh penyewa/pelanggan.
  • Hanya pelanggan yang menepati polisi-polisi diatas dibenarkan menyewa kenderaan.
  • Pemilik berhak untuk menukar atau mengubahsuai apa-apa polisi yang dirasakan sesuai tanpa apa-apa notis.
                 

No comments:

Post a Comment