Wednesday 31 July 2013

    Syarat-syarat dan Peraturan Penyewaan

    Pelanggan/Penyewa bersetuju untuk menuruti syarat dan peraturan seperti berikut:

     Bayaran

  • Pelanggan/Penyewa bersetuju dengan harga yang diputuskan dan akan membuat bayaran penuh setelah menerima kereta sewa.
  • Segala bayaran hanya diambil SEBELUM kereta sewa diserahkan dan bukannya SELEPAS kereta disewa.
  • Jika pelanggan/penyewa berhasrat untuk menyambung kadar penyewaan kereta, anda dikehendaki memaklumkan kepada pemilik terlebih dahulu selewat-lewatnya 2 jam sebelum penyewaan tamat.

   Kemalangan/kerosakan

  • Pelanggan/penyewa akan menghubungi pemilik sejurus berlaku sebarang kemalangan yang membabitkan kereta yang disewa.
  • Pelanggan/penyewa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kereta yang disewa dan bersetuju untuk menanggung segala kos baikpulih/kerosakan yang berlaku semasa kereta dalam jagaan/sewaan pelanggan/penyewa.
  • Pemilik tidak akan menanggung apa-apa kos atau membuat tuntutan insurans atas apa-apa kemalangan yang berlaku SEMASA kereta dalam tempoh sewaan pelanggan/penyewa.
  • Pelanggan/penyewa juga bersetuju membayar kadar sewa harian yang biasa sepanjang tempoh kereta dimasukkan ke dalam bengkel. 

    Saman/kesalahan trafik

  • Pelanggan/penyewa bersetuju bahawa kereta yang disewa tidak akan dipandu dengan tidak mengikut peraturan jalanraya.
  • Segala saman kesalahan trafik yang dilakukan semasa kereta dalam tempoh sewaan pelanggan/penyewa akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan/penyewa.
  • Pemilik akan menghubungi pelanggan/penyewa jika ada sebarang saman atau kesalahan trafik yang terbabit.
  • Pemilik akan merujuk nama dan pengenalan penyewa jika tidak menerima apa-apa bayaran berkaitan saman/kesalahan trafik yang dilakukan pelanggan/penyewa.
  • Pemilik juga melarang pelanggan membawa/mengangkut/menghantar apa-apa barang terlarang seperti dadah, senjata api, atau melakukan apa-apa aktiviti terlarang menggunakan kereta pemilik. Jika didapati melakukan sedemikian, pelanggan/penyewa bersetuju untuk dikenakan denda sebanyak RM 2000.
  • Pelanggan/penyewa dilarang sama sekali menggunakan kereta sewa untuk kegiatan jenayah seperti meragut, merompak, mencuri dan sebagainya. Jika didapati melakukan sedemikian, pelanggan/penyewa bersetuju untuk dikenakan denda sebanyak RM 2000.

     Lain-lain

  • Pelanggan/penyewa tidak berhak mempertikaikan syarat-syarat yang dipersetujui di atas ke mahkamah jika berlaku sebarang masalah.









                                                      

No comments:

Post a Comment